Sesuci sekeping hati

Sesuci sekeping hati.........
hati ini cuba untuk tabah,
namun,setiap insan yang bergelar hamba
akur pada setiap ketentuanMu
walau diri terasa kerdil dan hina.

Ya Allah..........
rinduku datang lagi padamu........
insan yang terpisah jauh dariku.
Mungkinkah diri ini bertuah?
setiap doaku.........
ingin sekali aku bertemu denganmu
insan yang bergelar SAHABAT
saat manis perjuangan bersama telah kita rasa........
kita terpisah kerana menyambung perjuangan yang tiada
berkesudahan ini.

Ya Allah..........
satukanlah hati kami dalam mencari RedhaMu......
Semoga ukhwah ini berpanjangan
sehingga ke akhir nafas ini.

Sahabat.....
kaulah sahabat,
kaulah teman,
Terima kasih sahabatku...........
kerana kau sudi bertamu dihatiku.