Pecutan Terakhir

Dikehangatan study week ni..teringat masa zaman SPM(2002) dulu, saya telah mengikuti seminar "Pecutan Terakhir" untuk persediaan menduduki peperiksaan SPM di USM Kubang Kerian. Terasa seakan sama dengan exam pd kali ini..kerana ini adalah semester last buat pengajian degree ku di UMP(semoga menjadi kenyataan). so entry kali ini bertajuk "Pecutan Terakhir" bersempena dgn final exam yg tggl seminggu saja lg...Oh Tuhan cepatnya masa berlalu. Kepada kawan2 dan terutama diri ini..buatlah yg terbaik untuk exam yg terakhir pengajian ini. Untuk buat yg terbaik memerlukan persediaan yg terbaik, so bagaimana dgn persediaan kita? Insyallah semoga semuanya berjalan dgn baik. Dikesempatan ini..ingin saya memohon kemaafan kepada semua kawan2 sekiranya ada tersilap/terkasar bahasa disepanjang persahabatan ini, terutamanya my beztfrenz (zaira, yani n ita).semoga kejayaan adalah milik kita semua. Amin. Disini saya sertakn doa-doa utk belajar dan menghadapi exam semoga memberi manfaat kepada semua.


Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
dibaca sebelum mengulang kaji pelajaran

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)


Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)


Doa memohon kejayaan cemerlang
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

*~Bittaufiq Wannajah~*