Kesan minum ais


Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....

Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

**Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!!

Perjalanan ke Dabong

Sepanjang perjalanan menyusuri ke dabong, ku ambil peluang untuk koreksi diri sambil memandang alam ciptaan ilahi yang sememangnya menenangkan jiwa sambil dendangan lagu kedengaran di telinga…Subhanallah….
Hati tiba-tiba jadi sebak, betapa mudahnya diri ini alpa dalam mengingatiNYA. DIA begitu meyayangi ku, sekali pun DIA tidak pernah meninggalkan ku hatta sesaat cuma, masih setia memberi peluang kepada diri ini untuk terus memperbaiki diri..
“Aku adalah sebagaimana hamba-Ku sangkakan mengenai-Ku, dan Aku bersamanya ketika mana dia mengingati-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam satu majlis, maka Aku akan mengingatinya dalam majlis yang lebih mulia lagi. Sekiranya dia mendekatiku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Sekiranya dia mendekati-Ku sedepa, maka Aku akan mendekatinya lebih daripada itu. Sekiranya dia datang mendekati-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan mendekatinya dalam keadaan yang pantas”
hadith riwayat Muslim.
Ya Allah….mana mungkin aku hidup tanpa MU…
Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan “diriMU”
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintaMU
Janganlah KAU tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua ini
Hanya bersamaMU ku akan bisa
KAU “genggam” tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
KAU bisikkan kata dan hapus semua sesalku

NAZAM ( Maulid Nabi )

Lahirlah Nabi ke alam dunia * Bagaikan bulan penuh purnama
Semua makhluk turut gembira * Kerana menyambut kehadirannya

Banyaklah tanda menzahir kebesarannya * Seluruh Mekah terang cuaca
Bintang bercahaya merendahkan dirinya * Serta memanah syaitan durjana

Tubuh badan Nabi bersih dan suci * Berbau harum bagai kasturi
Rambut berminyak tersikat rapi * Alis tercelak kurniaan Ilahi

Kebesaran Nabi luar biasa * Hairanlah musuh terpinga-pinga
Rahib Majusi kehilangan punca * Padamnya api pemujaan mereka

Raja Rom dan Parsi menjadi lemah * Istana Anu Syarwan pecah terbelah
Empat belas menaranya runtuh dan rebah * Kerana kelahiran utusan Allah

Bertambah hairan bila diceritakan * Banjir berlaku ketiadaan hujan
Lembah Samawah di gurun kekeringan * Dipenuhi air tak terperikan

Membesarnya Nabi penuh keajaiban * Umur sehari bagaikan sebulan
Umur lima bulan boleh berjalan * Sembilan bulan cukup kuatlah badan

Ibu susu Nabi mendapat berkatnya * Rezeki murah tak terdugakannya
Peliharaanya gemuk dan banyak susunya * Terbelalah sudah kemiskinannya

Kehebatan Nabi bersama mukjizatnya * Merayakan maulid kemuliaan umatnya
Hadirlah malaikat memberkatinya * Jumhur ulamak merestuinya

Marhaban ya Nurul Aini * Marhaban Jaddal Husaini
Marhaban ya Nurul Aini * Marhaban Jaddal Husaini

MENGENALI NABI SAW

Jika engkau betul-betul kenal Nabimu
Engkau akan jatuh cinta, engkau akan menyebut-nyebut selalu namanya
Melalui selawat dan ingatan terhadapnya
Engkau akan rasa terhutang budi kepadanya
Kerana kedatangannya dan jasanya kepada dunia.

Muhammad SAW, Nabimu
Dia seorang manusia istimewa, luar biasa yang tiada taranya
Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala.

Dia adalah Muhammad anak Abdullah, ibunya Aminah
Bangsa Quraisy dari Bani Hasyim
Nasabnya hingga ke Nabi Ibrahim
Dia adalah anak yatim piatu
Seorang anak yang tidak pernah dapat bermanja
dengan ibu bapanya seperti orang lain
Dia lahir daripada keluarga yang miskin dan dipelihara pula
oleh keluarga yang miskin

Dia adalah makhluk yang pertama dan utama
yang paling dicintai oleh Tuhan
Iaitu yang diberi nama Nur Muhammad
Dari Nur Muhammad seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan
Syurga, neraka,dunia, akhirat, para malaikat, Arasy,
Kursy, Shirat, manusia , jin, haiwan, jamadat dan lain-lainnya
Ertinya kalau bukan kerana Nabi Muhammad SAW
yang lainya tidak akan diwujudkan
Kalau begitu, rupanyan Nabi kita membawa rahmat zahir
dan batin semua makhluk Tuhan
Dia adalah makhluk yang awal wujud nisbah roh,
yang akhir nisbah jasad di kalangan para nabi

Hari pertama di Dabong

Bertarikh 25/01/10 adalah hr pertama diri ini sampai ke Dabong. sblm ini hanya mendengar namanya shj. seblm subuh lg bertolak dr rumah. perjalanan yg agak jauh dr sangkaanku, hampir 2 jam utk smpi ke Dabong setelah meredah klo x silap 13 jambatan dan menyusuri kampung2, sungai2 serta hutan. kampung ini agak jauh dr kampung2 lain. sedikit sejarah ttg Dabong;
Dabong berasal dari nama sejenis batu yang digunakan untuk mendabong (mengasah gigi supaya menjadi lebih rata dan dikatakan akan kelihatan lebih cantik) dan biasanya dilakukan terhadap pengantin baru. Sejak tahun 1920an lagi Pekan Dabong sudah terkenal sebagai salah satu Pekan pedalaman Kelantan yang mempunyai kemudahan stesen keretapi, dan yang lebih istemewa lagi sudah terdapat sebuah lapangan terbang di sini. ianya telah dibina oleh Penjajah Inggeris. Tapak lapangan terbang berkenaan bermula dari tapak sekolah Dabong hingga ke Padang Majlis Daerah Dabong. Pada waktu itu juga, terdapat sebuah Kem Tentera British di sini. Kem berkenaan pernah digunakan oleh tentera Jepun semasa menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941. Kem ini juga pernah digunakan Tentera Melayu pada zaman darurat 1948. Sekarang tapak berkenaan dijadikan Tapak Rumah Guru Sekolah Kebangsaan Dabong. Generasi muda Dabong masih lagi memanggil kawasan rumah guru Dabong sebagai "Dalam Kem".
 

Labels

Labels

Labels

Labels