MENGENALI NABI SAW

Jika engkau betul-betul kenal Nabimu
Engkau akan jatuh cinta, engkau akan menyebut-nyebut selalu namanya
Melalui selawat dan ingatan terhadapnya
Engkau akan rasa terhutang budi kepadanya
Kerana kedatangannya dan jasanya kepada dunia.

Muhammad SAW, Nabimu
Dia seorang manusia istimewa, luar biasa yang tiada taranya
Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala.

Dia adalah Muhammad anak Abdullah, ibunya Aminah
Bangsa Quraisy dari Bani Hasyim
Nasabnya hingga ke Nabi Ibrahim
Dia adalah anak yatim piatu
Seorang anak yang tidak pernah dapat bermanja
dengan ibu bapanya seperti orang lain
Dia lahir daripada keluarga yang miskin dan dipelihara pula
oleh keluarga yang miskin

Dia adalah makhluk yang pertama dan utama
yang paling dicintai oleh Tuhan
Iaitu yang diberi nama Nur Muhammad
Dari Nur Muhammad seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan
Syurga, neraka,dunia, akhirat, para malaikat, Arasy,
Kursy, Shirat, manusia , jin, haiwan, jamadat dan lain-lainnya
Ertinya kalau bukan kerana Nabi Muhammad SAW
yang lainya tidak akan diwujudkan
Kalau begitu, rupanyan Nabi kita membawa rahmat zahir
dan batin semua makhluk Tuhan
Dia adalah makhluk yang awal wujud nisbah roh,
yang akhir nisbah jasad di kalangan para nabi