Hari pertama di Dabong

Bertarikh 25/01/10 adalah hr pertama diri ini sampai ke Dabong. sblm ini hanya mendengar namanya shj. seblm subuh lg bertolak dr rumah. perjalanan yg agak jauh dr sangkaanku, hampir 2 jam utk smpi ke Dabong setelah meredah klo x silap 13 jambatan dan menyusuri kampung2, sungai2 serta hutan. kampung ini agak jauh dr kampung2 lain. sedikit sejarah ttg Dabong;
Dabong berasal dari nama sejenis batu yang digunakan untuk mendabong (mengasah gigi supaya menjadi lebih rata dan dikatakan akan kelihatan lebih cantik) dan biasanya dilakukan terhadap pengantin baru. Sejak tahun 1920an lagi Pekan Dabong sudah terkenal sebagai salah satu Pekan pedalaman Kelantan yang mempunyai kemudahan stesen keretapi, dan yang lebih istemewa lagi sudah terdapat sebuah lapangan terbang di sini. ianya telah dibina oleh Penjajah Inggeris. Tapak lapangan terbang berkenaan bermula dari tapak sekolah Dabong hingga ke Padang Majlis Daerah Dabong. Pada waktu itu juga, terdapat sebuah Kem Tentera British di sini. Kem berkenaan pernah digunakan oleh tentera Jepun semasa menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941. Kem ini juga pernah digunakan Tentera Melayu pada zaman darurat 1948. Sekarang tapak berkenaan dijadikan Tapak Rumah Guru Sekolah Kebangsaan Dabong. Generasi muda Dabong masih lagi memanggil kawasan rumah guru Dabong sebagai "Dalam Kem".