Hari pertama di Dabong

Bertarikh 25/01/10 adalah hr pertama diri ini sampai ke Dabong. sblm ini hanya mendengar namanya shj. seblm subuh lg bertolak dr rumah. perjalanan yg agak jauh dr sangkaanku, hampir 2 jam utk smpi ke Dabong setelah meredah klo x silap 13 jambatan dan menyusuri kampung2, sungai2 serta hutan. kampung ini agak jauh dr kampung2 lain. sedikit sejarah ttg Dabong;
Dabong berasal dari nama sejenis batu yang digunakan untuk mendabong (mengasah gigi supaya menjadi lebih rata dan dikatakan akan kelihatan lebih cantik) dan biasanya dilakukan terhadap pengantin baru. Sejak tahun 1920an lagi Pekan Dabong sudah terkenal sebagai salah satu Pekan pedalaman Kelantan yang mempunyai kemudahan stesen keretapi, dan yang lebih istemewa lagi sudah terdapat sebuah lapangan terbang di sini. ianya telah dibina oleh Penjajah Inggeris. Tapak lapangan terbang berkenaan bermula dari tapak sekolah Dabong hingga ke Padang Majlis Daerah Dabong. Pada waktu itu juga, terdapat sebuah Kem Tentera British di sini. Kem berkenaan pernah digunakan oleh tentera Jepun semasa menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941. Kem ini juga pernah digunakan Tentera Melayu pada zaman darurat 1948. Sekarang tapak berkenaan dijadikan Tapak Rumah Guru Sekolah Kebangsaan Dabong. Generasi muda Dabong masih lagi memanggil kawasan rumah guru Dabong sebagai "Dalam Kem".

Malang tidak Berbau

Tarikh keramat 22/01/10 - Jumaat. Maha Suci Allah..sungguh tdk kusangka xcident terjadi jua pd diri ini..perkara yg paling ku takutkn dan minta djauhkn dr diri ini selama ini. Tp Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu, ku redha dgn ujian ini. Peristiwa terjadi di Ajil, Teregganu semasa perjalanan pulang dr kuantan ke klate. ntahla diri ini jua tdk tahu mcmne xcdnt tersebut berlaku. sedar2 saya tdk dpt mengawal stering lalu merempuh semua yg ada dihadapan. pd hr itu, mmg dah rasa cam x sedap hati n rasa serba x kena jek..tambahan pula lalu ikut jalan yg x biasa, sblm ini blk ikut pantai, tp hr tu nk try blk kot jln ni lak, org kata jln ni lg dkt..tp jlnnye agk teruk, byk selekoh tajam...huhu.
pada hr itu jg ku rasa terbawa laju sedikit dr biasa sbb rasa mengantuk dn penat. hmm mungkin jg sbb diri ini lalai dn tdk berhati2, klo lah diri ini berhati2, mungkin ini tdk akan terjadi...waaaaa -( ditambah lg dgn keadaan kereta ku yg tdk berapa stabil dek byk sgt brg2 diisi kedlmnya..org kata tayar dpn x 'mkn' brek sbb blakang berat sgt..hukhuk. itulah mungkin antara faktor penyumbang xcndt ini. tp berat hati ini mengatakn ini semua sudah suratan takdir utk menguji keimananku. Syukur semua selamat, cuma kerata ku shj yg  teruk..huhu. semoga peristiwa ini lbh mendekatkn diri ini pdNya.

 

Labels

Labels

Labels

Labels