Cinta

Ya Allah,

Menyintaimu adalah keabadian untuk seluruh hidup ini..
Pernah aku lalai dalam kehidupan..
Namun, dari kesilapan..aku pelajari hidup..
Aku bina benteng yang teguh dalam diri ini..
Hanya untuk meraih redhaMu satu-satunya..

Ya Allah,

Hari semalam telah lama berlalu..
Hari esok di hadapanku..
Bagiku hidup ini adalah perjuangan..
takkan aku mengalah dengan hanya kerana dugaan..
Ia takkan menggagalkan aku lagi..
Ia buat aku pelajari erti kecintaan yang hakiki..

Ya Allah,
Dimana lagi sinar cahaya..
Hanya kerana ia dekat denganku..
Cuma selama tempoh itu..
Aku jadi alpa..mengharap ketidakpastian..
Namun, kasih sayangmu itu buatku tabah di sini..
Aku bahagia dengan hidupku..
Sekurang-kurangnya aku tidak sendiri..
Cintamu yang selalu menemaniku..
Walau siapa aku di sisimu..


Ya Allah,
Aku mohon keampunanmu
Kerana dalam silam kisahku
Aku sedar aku bukanlah hambamu yang sempurna..
berikanlah aku ruang kecintaan abadi..
hanya untuk tenang selalu di sisimu..
itulah pengharapanku hingga akhir hayat..