Hari pertama di Dabong

Bertarikh 25/01/10 adalah hr pertama diri ini sampai ke Dabong. sblm ini hanya mendengar namanya shj. seblm subuh lg bertolak dr rumah. perjalanan yg agak jauh dr sangkaanku, hampir 2 jam utk smpi ke Dabong setelah meredah klo x silap 13 jambatan dan menyusuri kampung2, sungai2 serta hutan. kampung ini agak jauh dr kampung2 lain. sedikit sejarah ttg Dabong;
Dabong berasal dari nama sejenis batu yang digunakan untuk mendabong (mengasah gigi supaya menjadi lebih rata dan dikatakan akan kelihatan lebih cantik) dan biasanya dilakukan terhadap pengantin baru. Sejak tahun 1920an lagi Pekan Dabong sudah terkenal sebagai salah satu Pekan pedalaman Kelantan yang mempunyai kemudahan stesen keretapi, dan yang lebih istemewa lagi sudah terdapat sebuah lapangan terbang di sini. ianya telah dibina oleh Penjajah Inggeris. Tapak lapangan terbang berkenaan bermula dari tapak sekolah Dabong hingga ke Padang Majlis Daerah Dabong. Pada waktu itu juga, terdapat sebuah Kem Tentera British di sini. Kem berkenaan pernah digunakan oleh tentera Jepun semasa menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941. Kem ini juga pernah digunakan Tentera Melayu pada zaman darurat 1948. Sekarang tapak berkenaan dijadikan Tapak Rumah Guru Sekolah Kebangsaan Dabong. Generasi muda Dabong masih lagi memanggil kawasan rumah guru Dabong sebagai "Dalam Kem".

Malang tidak Berbau

Tarikh keramat 22/01/10 - Jumaat. Maha Suci Allah..sungguh tdk kusangka xcident terjadi jua pd diri ini..perkara yg paling ku takutkn dan minta djauhkn dr diri ini selama ini. Tp Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu, ku redha dgn ujian ini. Peristiwa terjadi di Ajil, Teregganu semasa perjalanan pulang dr kuantan ke klate. ntahla diri ini jua tdk tahu mcmne xcdnt tersebut berlaku. sedar2 saya tdk dpt mengawal stering lalu merempuh semua yg ada dihadapan. pd hr itu, mmg dah rasa cam x sedap hati n rasa serba x kena jek..tambahan pula lalu ikut jalan yg x biasa, sblm ini blk ikut pantai, tp hr tu nk try blk kot jln ni lak, org kata jln ni lg dkt..tp jlnnye agk teruk, byk selekoh tajam...huhu.
pada hr itu jg ku rasa terbawa laju sedikit dr biasa sbb rasa mengantuk dn penat. hmm mungkin jg sbb diri ini lalai dn tdk berhati2, klo lah diri ini berhati2, mungkin ini tdk akan terjadi...waaaaa -( ditambah lg dgn keadaan kereta ku yg tdk berapa stabil dek byk sgt brg2 diisi kedlmnya..org kata tayar dpn x 'mkn' brek sbb blakang berat sgt..hukhuk. itulah mungkin antara faktor penyumbang xcndt ini. tp berat hati ini mengatakn ini semua sudah suratan takdir utk menguji keimananku. Syukur semua selamat, cuma kerata ku shj yg  teruk..huhu. semoga peristiwa ini lbh mendekatkn diri ini pdNya.

Perjalanan Ku

Ku tersenyum sendiri takkala menulis artikel ini sambil mata memandang ke luar tingkap melihat langit yang masih redup kerana baru shj membasahkan bumi dengan rahmatNYA. Ingatankan ku pada kenangan lalu kembali mengimbau diminda, membuatkan diri ini makin kuat untuk terus melangkah walaupun ku tahu “sayangNYA” kadang-kadang membuatkan manik-manik jernih membasahkan pipi ini. disini ingin ku coretkan perjalanan hidupku sbg sebuah catitan memori yg bermakna dlm hidupku.

Salam Kembali

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah…kerna masih memberi peluang kepada diri ini yang kadang-kadang leka dan alpa dalam mengingatiMu untuk terus rukuk dan sujud kepadaMu. Selawat & salam buat idola hati ku, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in skalian.
Setelah sekian lama jari ini tdk menulis, mencoretkn apa2 di blog usangku ini, menyepikan diri dgn kesibukan urusan harian setelah tdk bergelar siswazah lg. Telah lama perasaan ini membuak2 utk kembali menghidupkan blog ini dr terus terbiar, Alhamdulillah akhirnya, hari ini tercapai jua hasrat hati utk kembali mengaktifkan blog ini. Semoga blog ini akan terus berkekalan dan tdk terbiar seperti dulu lg..

Salam Ramadhan Kareem!!!!

Sebelum terlambat dan mmg t'lambat dh pon..huhu, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan selamat beramal ibadat pada semua kaum muslimin dan muslimat.
Semoga RAMADHAN tahun ini menjadi yang terbaik dalam kehidupan yang pernah kita lalui dan Semoga bulan ini dapat melatih kita menjadi insan yang lebih beriman dan bertaqwa...

Marhaban Ya RAMADHAN..Kehadiran mu... membahagiakan..bagi pencintamu
 

Labels

Labels

Labels

Labels