NAZAM ( Maulid Nabi )

Lahirlah Nabi ke alam dunia * Bagaikan bulan penuh purnama
Semua makhluk turut gembira * Kerana menyambut kehadirannya

Banyaklah tanda menzahir kebesarannya * Seluruh Mekah terang cuaca
Bintang bercahaya merendahkan dirinya * Serta memanah syaitan durjana

Tubuh badan Nabi bersih dan suci * Berbau harum bagai kasturi
Rambut berminyak tersikat rapi * Alis tercelak kurniaan Ilahi

Kebesaran Nabi luar biasa * Hairanlah musuh terpinga-pinga
Rahib Majusi kehilangan punca * Padamnya api pemujaan mereka

Raja Rom dan Parsi menjadi lemah * Istana Anu Syarwan pecah terbelah
Empat belas menaranya runtuh dan rebah * Kerana kelahiran utusan Allah

Bertambah hairan bila diceritakan * Banjir berlaku ketiadaan hujan
Lembah Samawah di gurun kekeringan * Dipenuhi air tak terperikan

Membesarnya Nabi penuh keajaiban * Umur sehari bagaikan sebulan
Umur lima bulan boleh berjalan * Sembilan bulan cukup kuatlah badan

Ibu susu Nabi mendapat berkatnya * Rezeki murah tak terdugakannya
Peliharaanya gemuk dan banyak susunya * Terbelalah sudah kemiskinannya

Kehebatan Nabi bersama mukjizatnya * Merayakan maulid kemuliaan umatnya
Hadirlah malaikat memberkatinya * Jumhur ulamak merestuinya

Marhaban ya Nurul Aini * Marhaban Jaddal Husaini
Marhaban ya Nurul Aini * Marhaban Jaddal Husaini